RAWATAN SUFIYAH

Rawatan ini adalah bacaan ayat-ayat dan doa dari  al-Quran, al-Hadis, para sahabat nabi, para ahli sufi dan para wali-wali Allah. Semua ini saya talaqi dari guru-guru Pondok, Syikh-syikh dari Mesir dln.



كل داء يتداوى منه إلا سوء الخلق
Setiap penyakit ada ubat kecuali perangai yg jahat

Definisi Khurafat

Perkataan khurafat berasal daripada perkataan Arab yang bererti cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal. Istilah khurafat telah muncul sejak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.  Bahkan Baginda sendiri telah menjelaskan kepada umatnya tentang istilah dan pengertian khurafat. ‘Amir meriwayatkan daripada Masruq bahawa ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah
berkata: 

Maksudnya: “Telah bercerita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan para isterinya tentang sebuah cerita pada suatu malam. Lantas salah seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu adalah cerita khurafat.” Rasulullah bertanya: “Tahukah kamu apa itu khurafat?” 

Seterusnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki dari suku ‘Uzrah telah disembunyikan oleh makhluk jin di zaman Jahiliyyah. Maka dia hidup bersama  mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian lelaki itu kembali semula kepada kaumnya, beliau menceritakan tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksikan dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. (Mendengar cerita itu), orang ramai berkata: “Ini adalah cerita khurafat”.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Maaf...Dalam halaman ini masih lagi dlm proses pembinaan